Aaron-Wooi Yik persiap senjata rahsia untuk BATC 2024

Aaron-Wooi Yik persiap senjata rahsia untuk BATC 2024

Aaron (kanan) Wooi Yik Foto: AFP

BEREGU lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mempunyai ‘senjata rahsia’ apabila enggan mendedahkan rejim latihan baharu, dalam menghadapi Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2024.

Bekas juara dunia 2022 Aaron memaklumkan, corak latihan baharu yang diperkenalkan barisan kejurulatihan itu, turut bagi mempersiapkan diri mereka dalam menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024, yang akan membuka tirai pada 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Aaron-Wooi Yik ketika ini berada di kedudukan kelima dalam ranking dunia dan ‘Race to Paris’.

“Saya rasa kesemuanya berjalan lancar mada ini pada ketika kita menjalani program latihan untuk persediaan Sukan Olimpik, jadi kita sedang menyesuaikan diri dengan program latihan baharu… tetapi kita tidak boleh ceritakan.