Abim: Hak muslimah bertugas sebagai pramugari

Abim: Hak muslimah bertugas sebagai pramugari

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kelantan memohon Kementerian Pengangkutan mengemukakan satu dasar baharu bagi memastikan semua syarikat penerbangan di Malaysia memberi kelonggaran kepada pramugari untuk menutup aurat.

Yang Dipertuanya, Mohd Shahiran Muhammad, berkata perkara itu penting memandangkan ia termasuk dalam hak kebebasan mengamalkan ajaran agama secara aman dan harmoni seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Abim merujuk kepada isu hak wanita muslimah yang bertugas sebagai pramugari di syarikat penerbangan untuk memilih pakaian yang menutup aurat.

“Justeru, Abim Kelantan berharap Kementerian Pengangkutan khususnya Anthony Loke untuk mengemukakan satu dasar baharu untuk memastikan semua syarikat penerbangan di Malaysia memberi kelonggaran kepada pramugari untuk menutup aurat.

“Abim Kelantan juga ingin mengucapkan tahniah atas perkembangan yang baik yang dibawa Kementerian Pengangkutan di bawah pimpinan Anthony,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Isu pemakaian pramugari itu sebelum ini dibangkitkan pemimpin Pas termasuk ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Bagaimanapun tiada perkembangan terkini ke arah usaha berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top