ACLE: JDT azam aksi terbaik berdepan Machida Zelvia

ACLE: JDT azam aksi terbaik berdepan Machida Zelvia
ACLE: JDT azam aksi terbaik berdepan Machida Zelvia

Munoz Foto: Johor Southern Tigers

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) berazam memberikan aksi terbaik ketika melayan kunjungan Machida Zelvia FC pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri pada Selasa. 

Pengendali skuad Harimau Selatan, Xisco Munoz berkata, pihaknya juga akan membariskan kesebelasan terbaik bagi mempamerkan aksi maksimum dan seterusnya meraih mata yang diharap-harapkan.

“Perkara paling penting ketika ini adalah kesemua pemain perlu memberikan fokus kepada pasukan sendiri dan tidak terlalu memikirkan mengenai pasukan/kelab yang bakal ditentang.

“Kita juga akan turunkan kesebelasan utama kali ini kerana menganggap perlawanan ini penting buat kita semua.

“Justeru, saya menjangkakan perlawanan yang sengit berdepan Machida Zelvia FC ini dan mahu kesemua pemain bersedia untuk beraksi,” katanya.

Tambah Munoz, kesemua pemain diharap dapat mengekalkan fokus pada aksi berdepan skuad Zelvia itu dan tidak terbawa-bawa dengan kemenangan lalu.

Katanya, aksi berdepan skuad Zelvia itu merupakan aksi baharu dan memerlukan setiap pemain untuk bersedia mengharungi perlawanan tersebut.

“Seperti yang pernah saya katakan, perlawanan ini penting buat kita dan dalam masa sama ia juga agak sukar diharungi.

“Tetapi, kami semua tetap positif dan akan cuba memberikan aksi terbaik di hadapan penyokong sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Munoz enggan mengulas lanjut apabila diajukan soalan berhubung ketiadaan kelibat tiga pemain Harimau Malaya pada aksi ACLE kali ini.

Sementara itu tonggak pertahanan, Shane Lowry berkata, sesi latihan menjelang perlawanan juga dilihat berjalan lancar dan memberikan gambaran skuad Harimau Selatan itu benar-benar telah bersedia bagi mengharungi aksi ini.

“Saya tahu lawan kami bukannya calang-calang pasukan dan perlawanan kali ini agak sukar buat kami.

“Namun, saya percaya kesemua pemain yang diturunkan nanti bakal memberikan aksi terbaik bagi perlawanan ini,” katanya.

Ringkasan AI

  • SKUAD Johor Darul Ta’zim berazam memberikan aksi terbaik dalam Liga Juara-Juara Asia Elit menentang Machida Zelvia FC
  • Pengendali Xisco Munoz akan membariskan kesebelasan terbaik untuk meraih mata yang diharapkan
  • Penekanan diberi kepada pemain untuk fokus pada pasukan sendiri dan menganggap setiap perlawanan penting
  • Xisco Munoz mengharapkan perlawanan sengit dari Machida Zelvia FC dan mahu pemain bersedia
  • Sesi latihan skuad Harimau Selatan berjalan lancar, menandakan kesediaan mereka mengharungi perlawanan
Scroll to Top