“Ada Orang Jumpa Dekat Lobby Hotel, Try Mengorat” – Ramai DM Perangai Bekas Suami, Usahawan Ini Bersuara | Oh! Media

“Ada Orang Jumpa Dekat Lobby Hotel, Try Mengorat” – Ramai DM Perangai Bekas Suami, Usahawan Ini Bersuara | Oh! Media

Usahawan dan personaliti media sosial, Amyera mendedahkan banyak menerima mesej daripada orang ramai yang mengadu mengenai bekas suaminya.

Menurut Amyera, ada yang mendakwa melihat ahli politik itu berada di lobi hotel, cuba ‘mengorat’ wanita dan mendekati wanita tidak dikenali di tempat awam dengan memberi kad bisnes.

“Kalau dah ada isteri pun boleh buat, sekarang lagi teruklah”

Jelas Amyera, dia dan bekas suaminya itu tidak lagi mempunyai sebarang kaitan selepas mengambil keputusan untuk berpisah.

amyera

Malah, dia tidak terkejut dengan dakwaan ‘liar’ mengenai bekas suaminya dan menganggap lelaki itu tidak pernah berubah.

He’s out of my life for GOOD. I’m honestly not even surprised. I went through all that during the 8 years I was with him. He’s never gonna change.

Tambah Amyera, sejak bercerai dia memilih untuk tidak membongkarkan apa yang berlaku demi ketenangan hidup bersama anak-anaknya.

Namun apabila perkara mula viral dan ramai yang mengaitkan namanya, dia merasakan sudah tiba masanya untuk bercakap.

I’m not interested in what he’s up to. I know him better than any of you do.

Netizen kongsi pengalaman ‘creepy’ didatangi ahli politik itu

amyera

Seorang pengguna media sosial turut berkongsi pengalamannya yang agak ‘seram’ apabila didatangi seorang lelaki misteri yang kelihatan familiar dan memberikan kad perniagaan semasa mereka sedang makan di restoran.

Individu terbabit mendakwa terus meminta bil dan beredar bersama rakannya kerana berasa tidak selesa.

“I hope it was worth everything he lost” – Amyera ‘move on’

usahawan

Dalam satu lagi kenyataan, Amyera turut menulis bahawa dia sudah pun melepaskan segala luka lalu dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

Pssttt! Usahawan cantik ni pun dah move on, sebaiknya tak perlulah DM untuk ‘report’ lagi kan. Semoga Amyera dan anak-anak hidup bahagia seadanya.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top