Ada peluang layak ke Paris 2024

Ada peluang layak ke Paris 2024

Skuad B-23 negara diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Kuwait dan Vietnam.

BEKAS pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee percaya Harimau Muda mempunyai keupayaan untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagaimanapun, Kim Swee menegaskan ia bukan tugas mudah selain melihat persiapan rapi perlu di atur sekiranya mahu melihat skuad negara mampu sampai ke tahap tersebut.

Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengatur latihan dan perlawanan persahabatan menjelang Piala Asia B-23 Qatar, April depan yang menjadi tiket untuk ke Olimpik.

“Dalam kejohanan peringkat terutama umur B-23, B-20 baik B-18 kebelakangan ini, kita mempunyai keputusan positif tetapi ini tidak bermakna kita boleh layak tanpa persiapan yang lebih baik.

Scroll to Top