Adakah di dalam syurga melahirkan anak?

Adakah di dalam syurga melahirkan anak?

– Advertisement –

Soalan:

Orang Islam di dalam syurga nanti akan berkahwin. Adakah isteri ahli syurga akan beranak?

– Advertisement –

Jawapan:

Di dalam syurga nanti apa yang diinginkan oleh ahli syurga akan diberikan kepada mereka dari segala kenikmatan dan kelazatan

Oleh kerana itu jika mereka menginginkan anak maka mereka akan mendapat anak.

Diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. katanya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda:

ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ู ุฅูุฐูŽุง ุงุดู’ุชูŽู‡ูŽู‰ ุงู„ู’ูˆูŽู„ูŽุฏูŽ ูููŠ ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉู ูƒูŽุงู†ูŽ ุญูŽู…ู’ู„ูู‡ู ูˆูŽูˆูŽุถู’ุนูู‡ู ูˆูŽุณูู†ูู‘ู‡ู ูููŠ ุณูŽุงุนูŽุฉู ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูŽุดู’ุชูŽู‡ููŠ

Ertinya: โ€œOrang mukmin apabila dia ingin akan anak di dalam syurga nescaya adalah hamilnya dan beranaknya dan membesarkannya pada masa yang dia inginkan.โ€ (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dan sebahagian ulama berkata sekalipun jika mereka ingin kepada anak pasti akan diberikan tetapi mereka tidak akan merasa ingin kerana sibuk dengan kenikmatan yang lebih daripada itu.

Berkata Ishaq bin Ibrahim dan lainnya:

ูƒู…ุง ููŠ ุงู„ุญุฏูŠุซ (ุงู† ุงู„ู…ุคู…ู† ุฅูุฐูŽุง ุงุดู’ุชูŽู‡ูŽู‰ ุงู„ู’ูˆูŽู„ูŽุฏูŽ ูููŠ ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉู ูƒูŽุงู†ูŽ ูููŠ ุณูŽุงุนูŽุฉู ูˆูŽุงุญูุฏูŽุฉู ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูŽุดู’ุชูŽู‡ููŠ ) ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู’ ู„ูŽุง ูŠูŽุดู’ุชูŽู‡ููŠ

Ertinya: โ€œSebagaimana yang datang pada hadis: Orang mukmin apabila ingin ia akan anak di dalam syurga nescaya adalah hamilnya dan beranaknya dan membesarkannya pada masa yang dia inginkan akan tetapi tiadalah dia inginkan.โ€

Imam Al-Qurtubi menjelaskan:

ูˆู‚ุฏ ุงุฎุชู„ู ุงู„ุนู„ู…ุงุก ููŠ ู‡ุฐุง ูู‚ุงู„ ุจุนุถู‡ู… ุงู† ููŠ ุงู„ุฌู†ุฉ ุฌู…ุงุนุง ูˆู„ุง ูŠูƒูˆู† ู…ู†ู‡ ูˆู„ุฏ ูˆุจู‡ ู‚ุงู„ ู…ุฌุงู‡ุฏ ูˆุทุงูˆุณ ูˆุงุจุฑุงู‡ู… ุงู„ู†ุฎุนูŠ

Ertinya: โ€œDan sungguh telah bersalahan oleh ulama pada masalah ini. Maka telah berkata setengah dari mereka bahawasanya di dalam syurga itu ada hubungan suami isteri dan tidak terjadi daripadanya anak. Dan dengannyalah berkata oleh Imam Mujahid dan Thawus dan Ibrahim An-Nakhaie.โ€ (Kitab Tazkiratul Al-Qurtubi)

Wallahuaโ€™lam. โ€“ HARAKAHDAILY 18/12/2024

Scroll to Top