Trending
Ustaz Kazim Elias kini stabil selepas dimasukkan ke ICU. Keluarga mohon doa dan maklumkan tiada pelawat dibenarkan buat masa ini.
Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital, semalam.
Menurut laporan Kosmo, perkembangan terkini itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan oleh pentadbir rasmi beliau di Instagram.
Keluarga yang berbahagia Datuk Ustaz Kazim mengucapkan terima kasih atas doa daripada semua. Alhamdulillah, beliau stabil setakat ini.
Tiada pelawat dibenarkan buat masa ini

Dalam masa sama, pihak keluarga memohon agar orang ramai memahami situasi semasa apabila tiada pelawat dibenarkan untuk melawat beliau buat masa sekarang.
Harap maaf, tiada pelawat yang dibenarkan melawat buat masa sekarang. Harap faham.
Orang ramai diminta terus doakan Ustaz Kazim Elias

Sebelum ini, berita kemasukan Ustaz Kazim ke ICU telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat dan orang ramai.
Malah, pentadbir DUKE turut memohon agar semua pihak terus mendoakan kesihatan beliau agar kembali pulih seperti sediakala.
Pssttt! Kesihatan adalah nikmat yang tak ternilai. Sama-sama kita doakan yang baik-baik dan hormati privasi keluarga ketika waktu sukar.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.



