AEON Bank Biz pacu pertumbuhan perniagaan dengan pembiayaan patuh syariah

AEON Bank Biz pacu pertumbuhan perniagaan dengan pembiayaan patuh syariah

AEON Bank (M) Berhad, bank digital Islamik pertama di Malaysia memperluaskan fasiliti pembiayaannya dengan memperkenalkan Term Financing-i dan Working Capital Financing-i di bawah segmen Perbankan Perniagaan, AEON Bank Biz.

Direka untuk menyediakan modal yang fleksibel mengikut keperluan perniagaan, kedua-dua kemudahan pembiayaan perniagaan tersebut dibangunkan bagi membantu perniagaan patuh syariah lebih tangkas menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran.

Kedua-dua produk tersebut selaras dengan prinsip pembiayaan kewangan syariah berasaskan konsep Murabahah melalui Tawarruq, sekali gus menawarkan penyelesaian perbankan yang telus dan beretika di pasaran Malaysia.

Menurut AEON Bank, Term Financing-i oleh AEON Bank Biz direka untuk membiayai projek pertumbuhan jangka sederhana dan panjang serta pembelian aset dan pembangunan infrastruktur, sambil memelihara aliran tunai yang sihat.

“Ia menawarkan fleksibiliti termasuk tiada cagaran diperlukan, tiada caj tersembunyi bagi permohonan atau penggunaan pembiayaan, tempoh bayaran balik fleksibel sehingga 60 bulan dan dana yang diluluskan akan disalurkan sepenuhnya ke dalam Akaun Semasa Perniagaan-i AEON Bank Biz pelanggan.

“Fasiliti pembiayaan ini menyediakan kemudahan kredit yang fleksibel bagi memenuhi keperluan aliran tunai jangka pendek,” katanya dalam satu kenyataan.

AEON Bank memperluaskan fasiliti pembiayaannya dengan Term Financing-i dan Working Capital Financing-i di bawah segmen Perbankan Perniagaan, AEON Bank Biz.

AEON Bank memperluaskan fasiliti pembiayaannya dengan Term Financing-i dan Working Capital Financing-i di bawah segmen Perbankan Perniagaan, AEON Bank Biz.

Sementara itu, Working Capital Financing-i pula direka untuk membantu perniagaan mengimbangi jurang bajet operasi dalam kitaran kewangan semasa.

Kemudahan itu membolehkan pelanggan mengakses pembiayaan secara fleksibel dengan tempoh kemudahan sehingga tiga tahun, selain memberi pilihan untuk memperbaharui had pembiayaan tanpa perlu mengemukakan permohonan baharu setiap kali.

Pelanggan juga boleh menikmati tempoh pengeluaran sehingga 12 bulan dan penyaluran pembiayaan diuruskan sepenuhnya secara dalam talian, dengan dana disalurkan terus ke Akaun Semasa Perniagaan-i AEON Bank Biz milik pelanggan.

Selain penyaluran fasiliti pembiayaan, AEON Bank Biz mampu berperanan sebagai rakan perbankan perniagaan patuh syariah yang komprehensif bagi pemilik bisnes di seluruh Malaysia.

Ia membolehkan perniagaan menguruskan aset, liabiliti, keperluan kewangan serta operasi perniagaan menerusi pengalaman perbankan yang lebih lancar, mudah dan tanpa komplikasi.

Antara kemudahan yang disediakan ialah Akaun Semasa Perniagaan-i dengan sokongan transaksi melalui DuitNow dan RENTAS, Deposit Bertempoh Biz-i yang menawarkan kadar keuntungan sehingga 3.20 peratus setahun serta sistem tadbir urus berbilang pengguna dengan tahap autorisasi berbeza.

AEON Bank berkata, penawaran baharu itu selaras dengan aspirasi negara untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 50 peratus menjelang 2030.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, akses kepada pembiayaan termasuk penyelesaian perbankan digital seharusnya menjadi pemangkin utama pertumbuhan perniagaan.

Justeru, institusi perbankan dan pemangkin fintech seperti AEON Bank mampu memainkan peranan penting dalam membantu mencapai sasaran tersebut.

Scroll to Top