Aeril Zafril dijangkit Covid-19 kali kedua

KUALA LUMPUR – Pelakon popular Aeril Zafrel mengesahkan beliau telah disahkan positif Covid-19 buat kali yang kedua.

Perkara berkenaan telah dikongsikan oleh pelakon berkenaan menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya.

“Hmmm positiv covid lagi. Tahun ni je dah 2 kali kena. Padahal duduk rumah je.

“Ada yg mcmni? Duduk rumah pun positif?” kongsinya.

Sebelum ini, pada Januari lalu, Aeril telah disahkan positif Covid-19 buat kali pertama. – MalaysiaGazette