Agong luang masa tandatangani 400 kad Aidilfitri

Agong luang masa tandatangani 400 kad Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa menandatangani hampir 400 kad ucapan Selamat Hari Raya  Aidilfitri.

Baginda menandatangani kad-kad tersebut sebelum menerima mengadap Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Menteri Komunikasi turut berpeluang melihat sendiri Seri Paduka Baginda menandatangani kad ucapan Aidilfitri itu

Dalam pertemuan tersebut, Fahmi mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda mengenai perkembangan media sosial di negara ini.

Sementara itu Dr Dzulkefly mempersembahkan mengenai perkembangan terkini perkhidmatan kesihatan negara serta perancangan baharu kementerian dalam menambahbaik fasiliti kesihatan kepada rakyat.

Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara. – MalaysiaGazette

Scroll to Top