Ahmad Fadzli dilantik SUK Selangor yang baharu

Ahmad Fadzli dilantik SUK Selangor yang baharu

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.

Pelantikan itu diumumkan menerusi kenyataan ringkas Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor menerusi Facebook rasmi, malam ini.

“Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin diatas perlantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu,” katanya.

Ahmad Fadzli menggantikan Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Haris Kasim yang bersara wajib.

Sebelum ini, Ahmad Fadzli pernah bertugas di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sebagai ketua Kluster Pembangunan Pengurusan dan Inovasi.

Beliau juga berkhidmat sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (kini Majlis Bandaraya Diraja Klang) pada April 2020 sebelum dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri pada Disember 2021.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top