Aida Abdul Hamid dilantik Pengarah JIPS Bukit Aman

Aida Abdul Hamid dilantik Pengarah JIPS Bukit Aman

PETALING JAYA: Datuk Aida Abdul Hamid dilantik sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner.

Beliau antara tiga pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan.

Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Abdul Rahman Kassim berkata, kenaikan pangkat turut membabitkan Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi (JLOG) Bukit Aman iaitu Deputi Komisioner Redzuan Abd. Hamid yang dilantik sebagai Pengarah JLOG Bukit Aman.

“Kekosongan ditinggal Aida akan digantikan oleh Datuk Suryani Sungit yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) JIPS Bukit Aman dan kini dilantik Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

Scroll to Top