Ain Edruce selamat melahirkan zuriat kedua

Ain Edruce selamat melahirkan zuriat kedua

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara, Ain Edruce selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, semalam.

Bayi lelaki seberat 3.1 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan kira-kira jam 10 malam.

Ain berkata, dia sepatutnya bersalin secara normal namun terpaksa menjalani pembedahan atas nasihat doktor.

“Sepatutnya saya bersalin normal, sudah mencapai 10 sentimeter, tapi bayi masih di atas, akhirnya kena pembedahan,” kongsinya.

Pada masa sama, Ain turut meluahkan rasa kagum terhadap wanita yang memilih untuk menjalani pembedahan ketika bersalin.

“Saya sangat hormati wanita yang buat pembedahan caesarean sakit sangat. Pertama kali nak jalan, memang menangis,” katanya.

Dalam pada itu, Ain sempat meminta suami untuk membeli hidangan daging istimewa daripada restoran terkenal milik Gordon Ramsay.

“Untuk makan pula satu benda sahaja saya mintak dekat Mirul saya nak makan Beef Wellington daripada Gordon Ramsay dan dia berjaya dapatkan. Terima kasih sayang,” katanya.

Ain sah bergelar isteri kepada Amirul yang juga usahawan, pada Disember 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia empat tahun.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top