Penyanyi Aina Abdul menjadi perhatian ramai apabila membuat siaran langsung di TikTok sambil memasak hidangan makan malam.
Menerusi siaran langsung itu, Aina menyediakan dua menu iaitu Asam Pedas Ayam dan telur dadar.
BACA: Seminggu Tak Keluar Rumah, Aina Abdul Terguris Ada Bersorak Bila Tak Menang AJL39
Apa yang menjadi perhatian, ketika sedang sibuk memasak penyanyi itu meninggalkan dapur untuk menunaikan solat Maghrib dan 5,200 peminat setia di siaran langsung berkenaan.
Lebih menghiburkan apabila ada yang meninggalkan komen mereka sedang menjaga asam pedas serta masakan Aina ketika dia sedang solat.




