KUALA LUMPUR: Penyanyi legenda, Datuk Aisyah bakal mencipta sejarah menerusi konsert Aishah 40 Chapters of Love.
Konsert mega itu akan diadakan 4 Julai ini, pukul 8 malam di Megastar arena, Kuala Lumpur.
Mengangkat tema perjalanan hidup dan cinta melalui muzik, konsert ini menyelusuri setiap bab karier gemilang beliau.
Pada malam tersebut, Aisyah akan mempersembahkan lagu ikonik beliau, seperti Janji Manismu, Camar Yang Pulang, Kemaafan Dendan Yang Terindah dan pelbagai lagi soundtrack yang menjadi lagu latar kehidupan peminat.
Menggangap itu bukan sekadar konsert, Aishah sedang giat membuat persiapan setiap detik di pentas nanti benar-benar sempurna.
“Konsert ini adalah hadiah buat peminat setia yang bersama saya selama ini.
“Saya tidak sabar kembali ke pentas dan berkongsi momen istimewa bersama anda.
“Saya harap setiap lagu yang dipersembahkan nanti akan mengimbau kenangan dan menyentuh hati,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Vox Nation Live, Shawn Chang dalam pada itu menyifatkan konsert itu sebagai penghargaan kepada legasi seni.
“Aishah adalah nama yang membentuk sejarah muzik.
“Konsert ini bukan sekadar persembahan, tetap pengalaman yang bakal menyentuh emosi penonton dari awal hingga akhir.
“Kami mahu peminat merasai setiap detik, setiap lagu dan setiap kenangan yang dibawa ke pentas,” katanya.
Tike berharga RM168 hingga RM788 akan dijual bermula 17 April 2026, pukul 3 petang melalui www. ticket2u.com.my/Aishah40.




