Pentas yang dinanti akhirnya membuka tirai. Dengan tema Generasi Selamanya Juara, Anugerah Juara Lagu ke-40 Separuh Akhir kini bersedia menyaksikan persaingan sengit antara 20 karya terbaik yang bakal merebut tempat ke pentas akhir.
Daripada balada penuh emosi hingga karya berunsur eksperimental, setiap lagu tampil dengan identiti tersendiri dalam usaha menawan hati juri profesional. Penilaian akan dilakukan secara menyeluruh melibatkan aspek muzik, kekuatan vokal serta impak persembahan di pentas.
Menghidupkan suasana sepanjang dua malam penuh debar ini ialah gandingan hos Fiza Frizzy dan Sissy Imann yang bakal memastikan perjalanan acara berlangsung lancar dan bertenaga buat penonton di studio serta di rumah.
Acara turut diserikan dengan persembahan pembukaan dan interlud menarik. Malam pertama bakal menampilkan Zaki Yamani dan Ahmad Merrah, manakala malam kedua menyaksikan kolaborasi Tuju bersama Kaka Azraff yang dijangka menghangatkan pentas.
Musim kali ini turut diperkukuh dengan sokongan rakan digital rasmi seperti XTRA, Seismik dan OHBULAN!, selain rakan radio Hot FM dan Kool FM yang akan membantu menyemarakkan lagi bahang AJL40 merentasi pelbagai platform.
Menjelang kemuncak persaingan, peminat muzik tanah air mula tertanya-tanya sejauh mana lagu pilihan mereka mampu melangkah ke peringkat akhir, serta berapa banyak karya yang bakal dipilih untuk mara. Jawapannya bakal diketahui tidak lama lagi.
Saksikan pertembungan 20 lagu ini pada 17 dan 18 April 2026, jam 9 malam di TV3 atau strim secara eksklusif di Tonton.
Senarai Lagu AJL40 Separuh Akhir

Hari 1 (17 April 2026)
- Hijab Rindu – Black Hanifah
Komposer: Rudy Nastia, Nyawa Black, Kelana, Adi Pawana
Lirik: Adi Pawana, Rudy Nastia - Pernah Punya Aku – Shila Amzah
Komposer: Shila Amzah
Lirik: Shila Amzah - Tangisan Seorang Pendosa – Marsha Milan
Komposer: Marsha Milan
Lirik: Hazama - Tiwikarma – K.O.I
Komposer: Zai Hamzah, Hemo Globin
Lirik: Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana, Sapik Sam - Puaskah – Ameerais & Mariam Saim
Komposer: Iqie Hugh, Shazriq Azeman
Lirik: Iqie Hugh, Shazriq Azeman - Semacam Pandora – Hazama
Komposer: Hazama, Zimi, Genervie Kam, Ritz Metalasia
Lirik: Zel Hadauan - Rasa & Takdir – Amira Othman & Irfan Haris
Komposer: Syafiq Rashid
Lirik: Syafiq Rashid - Hilangmu Tak Terganti – Tajul & Afieq Shazwan
Komposer: Haqiem Rusli
Lirik: Haqiem Rusli - Kamu – Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Lirik: Aina Abdul - Ke Mana Ni – Luca Sickta, Kmy Kmo & Salammusik
Komposer: Kmy Kmo, Luca Sickta
Lirik: Kmy Kmo, Luca Sickta, Salam - F – Floor 88
Komposer: Zai Hamzah
Lirik: Achoi Floor 88, Hemo - Kerana Ego – Khai Bahar
Komposer: Arnab Santai
Lirik: Khai Bahar
Hari 2 (18 April 2026)
- Nurcinta – Amir Masdi
Komposer: Amir Masdi, Edry Abd. Halim
Lirik: Amir Masdi, Edry Abd. Halim - Nostalgila – Haqiem Rusli
Komposer: Haqiem Rusli
Lirik: Haqiem Rusli, Fahmi Zafran - Lemah – Dayang Nurfaizah
Komposer: Hael Husaini
Lirik: Hael Husaini - Seribu Tahun Lagi – Imran Ajmain
Komposer: Amylea Azizan
Lirik: Amylea Azizan - Tak Adil – Aisha Retno
Komposer: Aisha Retno, Radi
Lirik: Aisha Retno - Cak Cak Cekuk – Wani Kayrie
Komposer: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh
Lirik: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh - Lumangad Oku Dika – Ryenald Guntabid
Komposer: Ryenald Guntabid
Lirik: Ryenald Guntabid - Menyala – Stacy
Komposer: Bunga Cantik
Lirik: Bunga Cantik, Hang Nadim





