Akhirnya Syed Saddiq Keluar Dari Mahkamah Dan Ini Keputusan Untuk Prosiding Hari Ini | Oh! Media

Akhirnya Syed Saddiq Keluar Dari Mahkamah Dan Ini Keputusan Untuk Prosiding Hari Ini | Oh! Media

Hari ini telah berlangsungnya prosiding pendengaran rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bagi sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

BACA: Nasib Diketahui Esok, Syed Saddiq Beri Bayangan Tentang Kes Mahkamah

Dalam perkembangan terkini, Sinar Harian melaporkan penentuan nasib ahli Parlimen itu nampaknya akan diketahui esok.

Hari ini dengar rayuan perayu, esok hujahan pendakwaan

Foto: Bernama

Pengerusi panel tiga hakim iaitu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin memaklumkan tiada keputusan akan dibuat pada Rabu dan kes akan bersambung esok.

Hari ini, kita dengar rayuan perayu, Syed Saddiq terlebih dahulu, dan akan berhenti seketika untuk rehat tengah hari. Esok, kita boleh sambung dengan hujahan daripada pihak pendakwaan.

Prosiding pada jam 12.15 tengah hari itu dimulai dengan dengan peguam, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mewakili Syed Saddiq.


Scroll to Top