“Aku Maafkan Cuma..” – Kak KM Tak Menyesal Hubungan Dengan Kakak Renggang Gara-Gara Bisnes

“Aku Maafkan Cuma..” – Kak KM Tak Menyesal Hubungan Dengan Kakak Renggang Gara-Gara Bisnes

Oh! Artis

Kak KM memaafkan apa yang berlaku namun memilih untuk menjaga jarak.


Terdahulu, media sosial kecoh apabila usahawan sensasi, Liana Rosli dan kakaknya dikenali sebagai Kak Nona berselisih faham disebabkan hal perniagaan.

Mereka yang sebelum ini akrab dilihat mula menjauh dan hubungan semakin renggang membuatkan netizen turut berasa simpati.

Namun, Liana Rosli atau Kak KM berkata, dia tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku kerana percaya pasti ada hikmah di sebaliknya.

“Saya tak menyesal, pasti ada hikmahNya”

Dalam satu sesi siaran langsung baru-baru ini, Kak KM menjelaskan bahawa dia tidak menyimpan sebarang dendam terhadap kakaknya walaupun hubungan mereka kini tidak lagi seperti dahulu.

Saya tak menyesal dengan apa yang terjadi. Pasti ada hikmahNya. Sebab bagi saya, setiap apa yang berlaku, yang Allah dah bagi, sebenarnya Dia nak beritahu kita ada perkara yang kita perlu tahu.

Menurut Kak KM lagi, walaupun mereka tidak lagi rapat seperti dulu, dia menolak tanggapan bahawa mereka bermusuhan atau membenci antara satu sama lain.

Kami tak bergaduh, aku tak pernah jadikan dia (Kak Nona) sebagai musuh. Tapi antara aku dengan Kak Nona, kami masih adik-beradik. Aku tak pernah benci dia.

Tambah Kak KM lagi, dia memaafkan apa yang berlaku tetapi hubungan mereka tidak perlu jadi seperti dulu.

Dia memilih untuk menjaga jarak bagi mengelakkan sebarang salah faham atau konflik baharu.

Aku maafkan je apa yang berlaku, cuma tak perlu lagi untuk kamu berjumpa. Aku terus bawa diri, tak nak ada apa-apa komitmen, tak nak ada apa-apa pasal perniagaan.

Difahamkan, isu antara dua beradik itu mula diperkatakan selepas timbul dakwaan mereka bermasam muka dan saling memerli di media sosial.

Pssttt! Tumpang sedih tengok hubungan yang dulu akrab tiba-tiba renggang macam ni. Apa-apa pun kita doakan semoga keluarga ini kembali bersatu seperti dulu.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top