“Aku Tak Gaduh Dengan Orang, Orang Suka Cari Gaduh Dengan Aku Sebab Cemburu”

“Aku Tak Gaduh Dengan Orang, Orang Suka Cari Gaduh Dengan Aku Sebab Cemburu”

Usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir individu sering menilai seseorang itu berdasarkan penampilan mereka.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Kak KM berkata dia tidak pernah bergaduh dengan orang meskipun ada yang melihatnya dengan pandangan negatif kerana luarannya.

BACA: “Nabila Diterima Jadi Pramugari Singapore Airlines” – Kak KM Sedih Berjauhan Dengan Anak

“Kau nampak aku rambut kuning, mesti ingat aku selalu gaduh dengan orang. Habis tu kau nak aku buat apa? Nak aku pakai tudung, nampak baik-baik?” katanya.

Sementara itu, Kak KM berkata meskipun penampilannya tidak menutup aurat namun dia tidak bergaduh mahupun menganiaya orang lain sebaliknya orang yang suka mencari gaduh dengan dirinya kerana rasa cemburu.

“Ada orang acah pakai tudung tapi hati macam setan. Ada yang bertudung tapi ambil duit orang, lagi malu.

“Aku walaupun macam ni tapi tak pernah aniaya orang. Orang yang suka cari gaduh dengan aku sebab diorang cemburu tengok kenaikan aku,” katanya.


Scroll to Top