“Aku Tak Nak Tanya Apa-Apa, Harini Kita Makan Je” – Janna Nick Harap Azar Tak Hilang Lagi

“Aku Tak Nak Tanya Apa-Apa, Harini Kita Makan Je” – Janna Nick Harap Azar Tak Hilang Lagi

Pelakon Janna Nick akhirnya bertemu dengan sahabat baiknya, Azar Azmi yang sebelum ini lama menghilang dari industri seni.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Janna yang dilihat tidak dapat menahan sebak berkata dia cuba mengamal emosinya dan tidak mahu bertanya apa-apa kepara rakan baiknya itu.

BACA: Azar Azmi Dedah Kebaikan Ozlynn, Beri Zakat Buat Beli Barang Anak 

“Geram, aku nak marah sebenarnya. Aku tak nak menangis. Aku tak nak tanya kau apa-apa, hari ini kita makan je,” katanya.

Sementara itu, Janna berkata dia mengetahui rakannya itu sudah penat namun tetap kuat demi anak-anak serta berharap Azar tidak akan menghilang lagi.

“Saya tahu dia penat dengan semuanya tapi dia tetap kuat semangat demi anak-anak. Semoga Allah permudahkan urusan kau. Janji, jangan lari dan hilang lagi. Sayang kau,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat hubungan persahabatan Janna dan Azar serta mendoakan agar dipermudahkan urusan.


Scroll to Top