Alasan Pasangan Kekasih Yang Dicekup Berkhalwat Undang Perhatian Ramai | Trending – Oh! Media

Alasan Pasangan Kekasih Yang Dicekup Berkhalwat Undang Perhatian Ramai | Trending – Oh! Media

Trending

Sepasang kekasih dicekup berkhalwat di hotel Johor dan alasan diberi undang perhatian.


Pasangan kekasih dicekup berkhalwat oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik hotel semalam.

Menurut laporan Kosmo, pasangan itu terdiri daripada lelaki bujang berusia 26 tahun dari Muar dan wanita berumur 21 tahun dari Pekan Nanas.

Katanya, mereka tidak pulang ke rumah pada hari itu kerana takut dimarahi oleh bapa wanita berkenaan.

Pasangan beri alasan takut dimarahi dan mahu berjimat

Ohmedia pasangan Khalwat

Pasangan berkenaan ‘check-in’ sekitar jam 3 pagi selepas pulang lewat daripada menziarahi saudara sempena musim durian dan rambutan.

Mereka takut dimarahi keluarga, jadi ambil keputusan bermalam di hotel.

Pada awalnya, mereka bercadang untuk menyewa dua bilik berasingan tapi terpaksa berkongsi satu bilik atas alasan mahu berjimat.

Wanita sembunyi dalam tandas

Aktres filem seram ditangkap khalwat rotikayajpg

Ketika serbuan dilakukan sekitar jam 9 pagi, lelaki itu hanya memakai seluar panjang tanpa baju, manakala si wanita pula bersembunyi dalam tandas dan kemudian keluar bertuala dan berbaju lengan panjang.

Pasangan itu juga mengakui mempunyai rancangan untuk berkahwin tapi menangguhkannya kerana masih tidak berkemampuan dari segi kewangan.

Pssttt! Takut dimarahi ibu bapa bukan alasan untuk lakukan perkara yang salah. Jika benar cinta, carilah jalan yang halal. Jangan rosakkan maruah demi satu malam.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top