'Alhamdulillah Petra makin pulih' – Mona Allen

'Alhamdulillah Petra makin pulih' – Mona Allen

najiy.jefri@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon Mona Allen memaklumkan keadaan kesihatan anak lelakinya, Petra Pekin yang mengalami jangkitan kuman pada bahagian kemaluan sudah beransur pulih.

Mona berkata, bengkak di bahagian kemaluan bayi berusia empat bulan itu sudah semakin surut selepas diberikan ubat antibiotik.

“Alhamdulillah pagi ini Petra Pekin sudah semakin pulih. Bengkak pun sudah mula berkurangan.

“Terima kasih kepada yang mendoakan Petra serta menghantar mesej peribadi berkongsi pengalaman masing-masing.

“Ramai sangat yang mesej saya sampai tak boleh nak balas satu persatu,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram Story sebentar tadi.

Semalam, Mona memaklumkan sekiranya jangkitan terbabit masih tidak sembuh anaknya berkemungkinan akan dikhatan.

“Doakan Petra, anak saya ada jangkitan di bahagian kemaluan. Doktor dah bagi antibiotik tapi kalau tak baik kena sunat.

“Tak sampai hati nak tengok dia menangis sebab tadi doktor picit keluarkan darah mesti pedih nak kencing,” tulisnya.

Mona dan pelakon Pekin Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki pada 31 Ogos tahun lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd