syafil.syazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : “Alhamdulillah, saya dah okay,”.
Demikian jawab ringkas pelakon dan pelawak, Ropie ketika dihubungi dan diminta berkongsi keadaan kesihatannya selepas diserang strok haba di set penggambaran, baru-baru ini.
Ropie, 59, atau nama sebenarnya Zahid Tajuddin berkata, sewaktu insiden itu berlaku, pandangannya menjadi gelap selain mula pening.
“Waktu kejadian itu, rasa gelap dan kepala macam pusing-pusing,” katanya kepada Harian Metro.
Bagaimanapun, dia menerima rawatan segera daripada pasukan perubatan yang memberikan bantuan dan penggambaran diteruskan tidak lama selepas itu.
“Selepas pihak perubatan masukkan ubat, kemudian saya dah kembali okay dan penggambaran pun diteruskan. Sekejap sahaja benda itu berlaku,” katanya.
Terdahulu, insiden yang menimpa Ropie dikongsikan pelakon dan pelawak, Zalif Sidek yang turut berada di set penggambaran itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd