
Aliff menewaskan petinju Iran di Stadium Lumpinee Boxing, Bangkok pada Jumaat. Foto Instagram Aliff.
JAGUH muaythai remaja negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib melakar sensasi di Thailand apabila terpilih untuk meraih kontrak ONE Championship bernilai AS$100,000 (RM469,000).
Atlet yang berasal dari Rantau Panjang, Kelantan itu berjaya mendapatkan kontrak tersebut selepas menewaskan petinju dari Iran, Zolfaghari secara KO atau ‘knock-out’ di Stadium Lumpinee Boxing, Bangkok pada Jumaat.
Petinju berusia 19 tahun itu menyifatkan kemenangan tersebut sebagai detik yang paling gembira dalam kerjayanya.
“Malam ini (Jumaat) saya memenangi pertarungan dengan KO dan menerima kontrak bernilai AS100,000 untuk ONE. Malam ini adalah saat paling bahagia dalam hidup saya,” tulisnya menerusi laman Instagram berkongsi momen tersebut.



