Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi memberikan sumbangan berupa wang tunai dan gaji puluhan ribu ringgit kepada pelakon, Norish Karman dan anak-anaknya.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, bantuan tersebut diserahkan dalam satu sesi siaran langsung di mana Aliff menunjukkan sokongan terhadap kerja Norish dan anak-anak ketika menjual produk dibawah jenamanya.
“Ini dia wang tunai sebagai gaji kakak dan anak-anak yang membantu untuk hari ini. Saya ingin tegaskan disini bahawa Kak Norish datang ke mari bukan untuk meminta-minta tetapi ingin beraya dan meminta pekerjaan (jadi hos, duta atau pekerja pejabat).
“Tapi hari ini memang rezeki Kak Norish inilah orang kata hasil kerja keras kakak dan anak-anak. Dan kepada orang ramai diluar sana, saya bagi ni bukan sebab apa-apa tapi saya yakin Allah SWT menjadikan saya orang perantaraan untuk meringankan beban.
“Tanpa Kak Norish saya pun tak akan dapat rezeki seperti ini. Terima kasih banyak-banyak dan minta halal lebih kurang,” katanya.
Menganggap rakyat Malaysia berhati mulia, Norish dan anak-anak kelihatan tidak putu-putus mengucapkan terima kasih terhadap Aliff dan keluarga kerana membuka peluang dan ruang untuknya dan anak-anak mencari rezeki.
“Terima kasih kepada Datuk, Datin dan semua rakyat Malaysia yang mulia hatinya.
“Anggaplah ini perkongsian kita dan pastinya moga kita satu hari nanti dapat juga jadi manusia yang boleh memberi seperti Datuk Aliff. Yang boleh menggajikan orang juga. Itu nikmat bila memberi, gaji ke apa. Terima kasih banyak-banyak,” kongsinya.
Terdahulu, Manda menerusi hantaran di Threads mengakui terpaksa mengeluarkan ibunya daripada hospital atas beberapa sebaba yang tidak dapat diperincikan.
Artikel Berkaitan:Masih Lemah & Perlu Dipantau, Anak Terpaksa ‘Discharge’ Norish Karman – “Ini Saja Kemampuan Yang Ada.. “
Artikel Berkaitan:“Zat Besi Di Paras Bahaya & Jari-Jari Sudah Bertukar Menjadi Putih ”- Anak Norish Karman
Artikel Berkaitan:Kesihatan Norish Karman Merosot, Anak Rayu Doa & Sokongan Orang Ramai




