Aliff Syukri Kalah Saman Fitnah, Diperintah Bayar RM250,000 Kepada Abdul Kadir

Aliff Syukri Kalah Saman Fitnah, Diperintah Bayar RM250,000 Kepada Abdul Kadir

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri diarahkan untuk membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Memetik Sinar Harian, perkara itu diputuskan oleh Hakim, Roslan Mat Nor selepas membenarkan saman Abdul Kadir berhubung dakwaan fitnah berkaitan hutang pelaburan RM30 juta.

BACA:Kadir Sheikh Fadzir Saman Aliff Syukri RM70 Juta

Selain itu Aliff turut diarahkan menanggung kos perbicaraan sebanyak RM50,000. Sementara itu, perintah injunksi turut dikeluarkan melarang Aliff Syukri menyebarkan atau menerbitkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Abdul Kadir.

Hakim turut mengarahkan semua hantaran yang pernah dimuat naik dipadam daripada platform media sosial dalam tempoh tujuh hari.

Terdahulu, Abdul Kadir menuntut ganti rugi sebanyak RM70 juta mendakwa Aliff membuat kenyataan fitnah di media sosial pada 2 Julai 2023.

Beliau mendakwa dibuat Aliff seolah memberi gambaran  beliau berhutang dengan defendan berjuta-juta ringgit sehingga mengundang reaksi negatif di media sosial.

Sumber: Sinar Harian


Scroll to Top