Aliff Syukri malas gaduh dengan Diva AA -“Mahkamah tak bongoklah nak bagi orang RM100 juta”

Aliff Syukri malas gaduh dengan Diva AA -“Mahkamah tak bongoklah nak bagi orang RM100 juta”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan dirinya malas mencari gaduh dengan pengacara sensasi, Azwan Ali atau mesra disapa Diva AA mengenai saman malu.

Ia susulan Azwan Ali menyatakan dia mahu saman malu terhadap Aliff Syukri sebanyak RM100 juta disebabkan video tular memaparkan pertelingkahan antara mereka berdua sewaktu pementasan di Singapura sehingga meraih perhatian ramai.

Mana tidaknya, Aliff Syukri dilihat menarik rambut adik kepada ahli politik, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan sangat kuat sambil mengheretnya di atas pentas.

Artikel lain: “Dia tarik memang sakitlah..”- Diva AA nak saman malu Aliff Syukri RM100 juta!

Aliff Syukri malas cari gaduh dengan Diva AA

Dia turut mempersoalkan jumlah saman malu yang mahu dikemukakan oleh pengacara ‘mulut laser’ baru-baru ini.

Usahawan berusia 36 tahun itu juga mendakwa terdapat segelintir individu suka menggunakan nama dan populariti dimilikinya dengan tujuan tidak baik.

“RM100 juta? Mudahnya kau nak minta RM100 juta.
“Saya ni malas tau nak bergaduh dengan orang. Saya tak suka bagi orang popular. Kadang-kadang orang ambil kesempatan atas nama saya.
“Aku buat apa dengan dia? Mahkamah tak bongok lah nak bagi orang RM100 juta,”katanya.
@abangterlajaklaris

biar allah balas.. sy x nak maki hamun org.. biar lowyer buat kerja

♬ original sound – Papa Laris – Papa Laris

Pelatun lagu Abang Nak Tegur itu juga dilihat seolah-olah memberi bayangan untuk mengambil tindakan lanjut dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak peguamnya.

“Biar Allah balas, saya tak nak maki hamun orang. Biar peguam buat kerja.

Aliff Syukri saman Diva AA

Sebelum ini, media melaporkan pengacara sensasi itu menangis dan menyifatkan perbuatan usahawan tersebut adalah melampau.

Pemilik nama Mohamed Azwan Haji Ali berkata, dirinya tidak kisah seandainya terdapat individu atau mana-mana pihak menganggap video tular baru-baru ini adalah ‘marketing’. Tetapi, tidak bagi dirinya.

Akui Diva AA, dirinya rasa sakit apabila rambutnya ditarik dengan kuat oleh usahawan berusia 36 tahun itu dan menganggap perbuatan tersebut seakan mahu membalas dendam.

Sumber: TikTok @abangterlajaklaris