Aliff Syukri, Shahida Dipuji Bawa 60 Pekerja Tunai Umrah

Aliff Syukri, Shahida Dipuji Bawa 60 Pekerja Tunai Umrah

Usahawan Datin Seri Nur Shahida berkongsikan mereka akan membawa seramai 60 kakitangan dan rakan niaga untuk menunaikan ibaadh umrah.

Menerusi perkongsian di Threads, Shahida memohon doa agar dipermudahkan urusan mereka untuk berangkat ke Tanah Suci dalam tempoh sebulan lagi.

BACA: “Hari Kami Bergaduh Lagi Banyak Dari Berbaik, Kuat Betul Jodoh Kami” – Shahida

Menurut Shahida lagi, mereka semua turut menghadiri kursus umrah sebagai persediaan sebelum berangkat dan ada dikalangan kakitangan yang baru pertama kali akan ke Tanah Suci.

“Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami semua untuk kami ke Tanah Suci. Genap sebulan lagi Mama, Papa, kami sekeluarga dan 60 orang staf serta rakan niaga akan berangkat.

“Hari ini kami semua menghadiri Kursus Umrah dekat pejabat D’Herbs. Ramai staf yang pertama kali nak pergi. Nampak sangat terpancar keseronokan pada raut wajah mereka,” katanya.

Perkongsian Shahida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap pemurah pasangan berkenaan serta mendoakan agar perjalanan pergi dan balik dipermudahkan.


Scroll to Top