Amat merisaukan! Detik Nadhir Nasar cium pipi Naim Daniel curi perhatian warganet

Amat merisaukan! Detik Nadhir Nasar cium pipi Naim Daniel curi perhatian warganet

Drama berjudul Projek High Council mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan penonton dan boleh disamakan dengan sesi meet and greet selebriti terkemuka dari Korea Selatan!

Mana tidaknya, majlis pra tonton atau Final Viewing Party episod akhir yang berlangsung pada Jumaat di Suria KLCC mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan peminat drama berkenaan.

Bukan itu sahaja, para peminat juga setia menanti barisan artis kegemaran mereka seperti Naim Daniel, Amir Ahnaf, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Daiyan Trisha dan ramai lagi.

Sementara itu, turut tular sebuah video memaparkan Naim Daniel bersama beberapa rakan selebriti drama berkenaan sehingga menarik perhatian ramai menerusi aplikasi TikTok.

Menerusi video dimuat naik sendiri oleh aktor berusia 26 tahun itu, kelihatan dia sedang merakam detik dicium pipi oleh beberapa pelakon drama berkenaan.

“Dah diam, aku menang,”tulisnya di ruangan kapsyen.
@naimdanielx

Dah diam, aku menang. @Mierul @flowerboy @Mas Fadh @LuckyBoy @Kentut Separuh Masak #projekhighcouncil

♬ original sound – Naim Daniel – Naim Daniel

Bagaimanapun, tindakan Nadhir Nasar mencium pipi Naim yang lebih dikenali sebagai ‘ayam’ berjaya mencuri perhatian ramai di mana masing-masing terkedu dengan aksi spontan yang dilakukan olehnya.

Dalam pada itu, kebanyakan warganet meminta agar Naim Daniel memberi ruang kepada mereka untuk merasai ‘dicium’ oleh artis kegemaran seperti mana dirasai oleh pelatun lagu Sumpah tersebut.

Sumber: TikTok @naimdanielx