Jodoh awal.. baru habis SPM, remaja bergelar isteri – “Semalam sekolah, hari ni nikah”

Jodoh awal.. baru habis SPM, remaja bergelar isteri – “Semalam sekolah, hari ni nikah”

Jodoh awal atau lewat, semuanya sudah ditetapkan Allah SWT sejak di Luh Mahfuz. Paling penting, masing-masing perlu bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami isteri selepas mendirikan rumah tangga.

Bagi seorang remaja perempuan ini, dia bertemu jodoh di usia 18 tahun apabila disunting pasangannya sebaik selesai menjalani Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa hari lalu.

Kisah Zetty Aziz dikongsi seorang perancang perkahwinan, @harryzulhairi menerusi sebuah video di aplikasi TikTok sehingga meraih hampir dua juta tontonan.

@harryzulhairi

semalam pergi sekolah, hari ni pergi kawin….. #fyp #foryoupage #fypシ #fypシ゚viral #fypp #pelaminmersing #pelaminrompin #pelaminendau #malaywedding #kerjakawin #pelamindewan #pelamincanopy #pelaminnikah #pelaminmini

♬ original sound – 🕸KroNoLoC🕸 – 🕸KroNoLoC🕸

Video berdurasi hampir seminit itu memaparkan Zetty berpakaian seragam sekolah sebelum ‘bertukar’ mengenakan persalinan baju pengantin berona biru selepas diijabkabul pada 16 Mac lalu.

Jurumekap, Nursyakila Wan Abdullah turut berkongsi beberapa posting di laman Facebook selepas menata rias wajah Zetty pada majlis persandingan yang berlangsung di Kampung Semaloi, Endau, Johor semalam.

Meninjau di ruangan komen di TikTok, rata-rata netizen menyifatkan kisah remaja berkenaan adalah definisi sebenar ‘nikah selepas belajar’ serta mengucapkan tahniah atas perkahwinan dibina.

Selain itu, ada juga segelintir individu memuji jodoh Zetty yang hadir awal kerana mereka masih lagi menunggu calon pasangan yang belum kunjung tiba.

Sumber: TikTok @harryzulhairi, Facebook Nursyakila Wan Abdullah