Selebriti media sosial, Ameera Khan sekali lagi menjadi perhatian apabila tampil terbuka mengenai kisah cintanya termsuk mengakui dia sebenarnya sudah lama ‘move on’.
Menerusi potongan siaran langsung di Instagram, Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan menjawab pelbagai persoalan netizen tentang jodoh dan hubungan terbarunya.
Tanpa berselindung, Ameera mengakui dia mengutamakan lelaki yang bukan sahaja berkeperibadian baik, malah mempunyai kestabilan kewangan.
“Baik dan kaya. Itu yang paling penting buat saya. Sebab lelaki itu perlu maintain saya,” katanya jujur.
Namun bagi Ameera, kekayaan sahaja tidak memadai, sebaliknya dia juga mahukan lelaki yang soleh dan mampu membimbingnya menjadi insan lebih baik.
“Yang soleh, yang boleh bimbing saya, tolonglah bimbing saya. Saya cari seseorang yang boleh bimbing saya.
“Yang sayang saya dan keluarga. Hormat saya, mommy dan daddy, adik-beradik serta sepupu, terutama yang rapat dengan saya,” jelasnya lagi.
Dalam masa sama, adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa ini turut menjawab dakwaan kononnya dia sudah mempunyai kekasih baharu selepas hubungannya yang dikaitkan dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol dipercayai berakhir.
“Gossip yang mana satu? Banyak sangat. Itu saing (kawan).
“Kekasih saya sekarang belum tahu lagi. Saya akan update nanti. Saya belum membuat keputusan.
“Saya sudah move on lama sebelum saya tinggalkan dia,” tegasnya.
@hai25550 Baby has moved on with his criteria, he was told that it is no longer a secret for his new lover, I hope the best for baby Adakah dia dijodohkan oleh ibunya doakan terbaik ❤️❤️ #ameerakhan #neelofa #fyp #spoilerrzky




