Ameera Khan Dedah Bapa Sering Kecewa Pilihan Pasangan

Ameera Khan Dedah Bapa Sering Kecewa Pilihan Pasangan

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan mendedahkan bapanya pernah rasa kecewa dengan pilihan pasangannya sebelum ini.

Menjawab pertanyaan netizen di media sosial, Ameera bagaimanapun berkata bapanya memilih untuk bersikap baik.

BACA: “Comey Ameera Pakai Romper Lengan Panjang” – Netizen

“Awak tak nak tahu apa yang dia cakap. Boleh kata dia sentiasa kecewa dengan pilihan saya tapi dia tetap baik. 

“Tapi Insya-Allah saya akan buat keputusan yang lebih baik di masa akan datang,” katanya. 

Sementara itu, Ameera turut berkongsikan pengalaman pahit apabila sering memberikan lebih dalam hubungan namun tidak menerima apa-apa balasan.

Dalam pada itu, Ameera berkata wanita tidak sepatutnya bertahan dalam sesuatu hubungan sekiranya pasangan tidak mampu memberikan rasa selamat, terjamin dan stabil.

Tambah Ameera lagi, walaupun dia mampu menjaga dirinya sendiri namun dia menyukai jika dimanjakan pasangannya. 

“Peranan seorang lelaki dalam hubungan bukan hanya sekadar menyediakan keperluan, saya boleh menjaga diri sendiri, jadi saya tidak memerlukan kamu untuk itu tetapi manjakan saya juga kerana saya sukakannya.

“Seorang lelaki sepatutnya membuatkan kamu rasa selamat, terjamin dan stabil. Jika dia tidak mampu, jangan sesekali bersetuju atau berkompromi,” katanya.


Scroll to Top