Ameera Khan dicium kekasih buat netizen kecewa – “Dah kahwin ke belum?”

Ameera Khan dicium kekasih buat netizen kecewa – “Dah kahwin ke belum?”

Pempengaruh Ameera Khan dicium kekasih hatinya, Jefri Nichol telah mengundang kecaman dalam kalangan netizen di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Jefri di laman Instagramnya, dia berkongsi beberapa foto dan video momen romantik mereka.

Ameera Khan dicium kekasih

Instagram will load in the frontend.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah tindakan spontan aktor Indonesia itu yang mencium pipi adik kepada usahawan terkenal, Neelofa ketika erat berpelukan bersama.

Ameera Khan dicium kekasih

Ameera Khan dicium kekasih

Artikel lain: Berfikiran terbuka, Ameera Khan tak kisah tonton babak ‘panas’ Jefri Nichol

Netizen kecewa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kecewa dengan tindakan pasangan itu yang secara terang-terangan menunjukkan kemesraan mereka malah, status hubungan masih belum bergelar suami isteri.

Ada yang mention ibunya dan Neelofa

Bukan itu sahaja, ada segelintir individu ‘mention’ media sosial kakaknya, Neelofa dan ibunya, Noor Kartini untuk menegur perbuatan anaknya itu supaya lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.

Mana tidaknya, sikap Ameera secara tidak langsung telah mencemarkan nama baik Neelofa dan suami yang sering menyebarkan dakwah.

Sebelum ini, Ameera terbuka untuk berkongsi hubungan rapat dengan pelakon Indonesia itu kepada umum walaupun ada segelintir netizen kurang senang hati.

Mana tidaknya, aktor yang berusia 26 tahun itu membuat pengakuan pernah meniduri lebih 20 wanita selain makan daging babi.

Bagaimanapun, hubungan antara pasangan merpati dua sejoli itu dikatakan sudah mendapat restu daripada keluarga termasuklah kakak dan ibu bapa Ameera.

Sumber: Instagram @Jefri Nichol

Scroll to Top