Pempengaruh dan model jelita, Ameera Khan berkongsi semula pautan video memaparkan kekasihnya, aktor tampan Jefri Nichol yang sedang menjalani penggambaran ‘photoshoot’.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang ‘makeup artist’ di Instagram (IG), Jefri kelihatan membuat aksi seolah-olah menggoda dan seksi.
Berdasarkan status di IG Story, Ameera seakan mengakui dirinya tidak boleh berhenti menonton video tersebut yang dipercayai sudah angau dalam dilamun percintaan hangat bersama aktor itu.
“Is this video 30 minutes long or is it just me,” tulisnya.
Sebelum ini, Ameera mendedahkan dia tidak kisah menonton filem Jakarta vs Indonesia yang memaparkan babak ‘panas’ atau mempunyai ‘explicit content’ Jefri.
Sebelum ini, kemesraan dan keakraban antara Ameera dan Jefri meraih perhatian terutamanya selepas tular beberapa foto mereka di media sosial.
Nama Jefri hangat menjadi sebutan selepas membuat pengakuan pernah meniduri lebih 20 orang wanita selain turut curang dengan pasangannya.
Terdahulu, Ameera dan Jefri didakwa pernah bercinta namun hubungan itu dikatakan telah terputus selepas mereka saling tidak mengikuti di Instgaram sekitar Oktober 2021.
Namun, mereka kembali digosipkan bercinta selepas Ameera menerima panggilan video daripada Jefri pada penghujung Mac lalu.
Artikel Berkaitan: Ada Babak ‘Explicit’ Jefri Nichol, Ameera Khan Tiada Masalah Tonton Filem Jakarta VS Everybody – “Saya Tengok Dengan Dia…”
Artikel Berkaitan: “Jangan Berprasangka Buruk” – Netizen Gelar Hubungan Bersama Jefri Nichol Toksik, Ameera Khan Bidas Komen Jahat
Artikel Berkaitan:Ameera Khan Bahagia, Keluarga Sokong Hubungan Dengan Jefri Nichol – “Saya Tak Perlukan Pengesahan Orang Lain”
Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Dulu Bercinta Dengan Orang Dikatakan Baik, Tapi Perangai Macam…” – Ameera Khan
Artikel Berkaitan: Ameera Khan, Jefri Nichol Hangat Bercinta, Netizen ‘Bitter’ Tinggal Komen Sarkastik – “Touch And Go Je lah”