Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol hangat diperkatakan apabila tewas hanya selepas 38 saat melawan El Rumi dalam perlawanan Superstar Knockout.
Dalam pertandingan tinju itu, Jefri ditumbuk bertubi-tubi sehingga mengalami dislokasi bahu kanan sejurus aksi dimulakan.
El Rumi kalahkan Jefri Nichol dalam masa 38 saat

Keadaan itu memaksa pihak pengadil menamatkan perlawanan dan memberikan kemenangan kepada El Rumi menerusi Technical Knockout (TKO).
Meskipun kalah, kekasih Jefri iaitu Ameera Khan yang menyaksikan perlawanan memberikan kata-kata semangat buatnya.
Dalam satu perkongsian di Instagram Story, Ameera memuat naik gambar Jefri di dalam gelanggang bersama kapsyen, “always our winner. a real man. Not a (emoji anak kucing)”.
“A real man (not a pussy)”

Perkongsian itu jelas menunjukkan rasa bangga dan penghargaan terhadap semangat juang Jefri meskipun menjadi bahan ketawa netizen.
Turut menyaksikan perlawanan itu adalah ahli keluarga Ameera termasuk pelakon popular, Sharnaaz Ahmad.
Pssttt! Bukan semua orang berani masuk gelanggang dan berdepan lawan depan ribuan penonton. Kekalahan itu cuma angka, tapi keberanian dan sokongan orang tersayang itulah kemenangan sebenar.
Kredit: Instagram Ameera Khan | Detik.com
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




