AmGeneral Insurance Berhad Meraikan Identiti Baharu: Liberty General Insurance Berhad

AmGeneral Insurance Berhad Meraikan Identiti Baharu: Liberty General Insurance Berhad

Kuala Lumpur: AmGeneral Insurance Berhad kini dengan bangganya dikenali sebagai Liberty General Insurance Berhad (“Liberty”), memperkukuh kedudukan mereka sebagai sebuah syarikat insurans am terkemuka di Malaysia.

Dengan keberadaan Liberty General Insurance Berhad di barisan hadapan industri, rakyat Malaysia boleh menjangkakan pilihan-pilihan insurans yang terbaik memandangkan syarikat insuran tersebut berhasrat untuk menyediakan pelan-pelan yang lebih menyeluruh dan komprehensif selaras dengan keperluan mereka.

Liberty mengemudi perjalanan yang cukup mengujakan menerusi perkhidmatan yang disediakan kepada lebih tiga juta pelanggan serta lebih 8,000 ejen dan rakan yang cukup berdedikasi. 

Perkhidmatan yang disediakan dari tiga jenama terkemuka – Liberty Insurance, Kurnia Insurans, dan AmAssurance – jenama-jenama ini menjanjikan rangkaian liputan yang unik dan meluas, merangkumi motor, rumah, perniagaan dan insurans kesihatan.

Syarikat insurans tersebut juga teruja untuk mengkongsikan lokasi terbaharu mereka – Menara Liberty Insurance.

Terletak di Pavilion Damansara Heights, ibu pejabat baharu tersebut mengumpulkan pasukan tenaga kerja yang teguh di bawah satu bumbung, membolehkan pelbagai perspektif dari latar belakang yang pelbagai untuk bekerjasama sebagai sebuah pasukan demi memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk para pelanggan.

Selari dengan salah satu nilai yang diterapkan oleh Liberty, “Menjadikan Sesuatu Lebih Baik,” syarikat tersebut mempunyai visi untuk menjadi tempat kerja terbaik dengan menerapkan nilai-nilai inklusif dan mewujudkan persekitaran kerja yang fleksibel untuk memacu daya inovasi.

“Matlamat kami adalah untuk terus memenuhi tujuan kewujudan kami: membantu orang ramai, para pelanggan dan masyarakat setempat untuk menjalani hari ini dan membina hari esok dengan penuh keyakinan dalam dunia yang semakin mencabar, dibimbing oleh mantra integriti, keuntungan dan pembangunan,” ujar Puneet Pasricha (Pasha), Ketua Pegawai Eksekutif Liberty General Insurance Berhad.

Puneet Pasricha (Pasha) – FOTO Liberty.

“Kami teruja dengan pelbagai kemungkinan yang dibawakan dari hasil penggabungan ini memandangkan ia membolehkan kami memberikan hanya yang terbaik. Saya yakin bahawa kami akan semakin dikenali sebagai salah sebuah pemain utama insurans,” kata beliau.

Pasha turut memperjelaskan bahawa Liberty kini sedang menggerakkan misi untuk bergelar syarikat insurans dengan keuntungan terbesar, syarikat insu- ran pilihan selaku jenama yang paling dipercayai di Malaysia dan mempunyai persekitaran kerja yang terbaik.

Misi ini akan dipacu oleh pengunderaitan dan inovasi produk terbaik, dengan memanfaatkan dapatan analitik dan data, serta kemajuan teknologi, pengalaman khidmat pelanggan yang luar biasa serta pengamalan DEI dan ESG yang bertanggungjawab.

“Pemerkasaan prestasi tenaga kerja akan membantu kami merealisasikan matlamat-matlamat kami dengan membina budaya berprestasi tinggi, inklusif dan saksama di mana tenaga kerja dari pelbagai latar belakang bersama-sama berganding bahu dan terus menuju matlamat yang sama,” jelas Pasha.

Selari dengan prinsip-prinsip utama syarikat iaitu integriti, keuntungan dan pembangunan, semua orang kini boleh menikmati kebebasan dalam melakukan perkara yang mereka suka, menyedari bahawa kewangan mereka dilindungi sepenuhnya bersama yang tersayang.

“Keutamaan kami ialah memperkukuh hubungan kami dengan para pelanggan dan pihak yang berkepentingan. Ketahuilah bahawa anda sentiasa boleh bergantung harap dengan Liberty selaku syarikat insurans yang boleh anda percayai,” ujar Pasha.

Sebagai sebahagian daripada penggabungan yang berkuatkuasa mulai 1 April tahun ini, Liberty telah memasuki jalinan kerjasama bankasurans eksklusif selama 20 tahun untuk mengedarkan produk-produk insurans umum dengan AmBank Group, yang kini mempunyai pegangan saham Liberty sebanyak 30%.

Liberty General Insurance merupakan sebuah anak syarikat Liberty Mutual Insurance, yang te- lah memperoleh 100% saham AmGeneral Insurance mulai Julai 2022. 

Sebelum ini, AmGeneral dimiliki oleh AmBank Group (51%) dan Insurance Australia Group (49%).

Untuk maklumat lanjut mengenai Liberty General Insurance, layari www.libertyinsurance.com.my.

© New Straits Times Press (M) Bhd