am@hmetro.com.my
Seremban: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya seperti biasa.
Aminuddin berkata, perkara itu dinasihati Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selepas mempersembahkan situasi terkini di Negeri Sembilan itu, tengah hari tadi.
Sementara itu, Barisan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP menegaskan sokongan terhadap kepimpinan negeri di bawah Aminuddin.
Berita lanjut menyusul
© New Straits Times Press (M) Bhd




