Amir pertahan gangsa

Amir pertahan gangsa

sukan@hmetro.com.my

Phnom Penh: Atlet judo negara Amir Daniel Abdul Majeed mempertahankan pingat gangsa kategori bawah 73 kilogram (kg) di Sukan Sea Kemboja selepas mengatasi cabaran lawan dari Filipina Keisei Nakano di Pusat Konvensyen Chroy Changvar sebentar tadi.

Atlet muda dari Pulau Pinang itu yang menewaskan Nakano di pusingan repechaj berazam mempamerkan aksi terbaik dalam acara berpasukan esok.

“Saya beraksi dengan baik berbanding pertarungan kali terakhir dengannya (Nakano). Ini kali kedua saya menentangnya di Sukan Sea selepas di Vietnam.

“Saya gagal dengan perancangan pertarungan tetapi akhirnya berjaya mengatasi dia dan saya bersyukur dengan kejayaan ini,” kata Amir.

“Walaupun pingat dimenangi sama, saya tetap gembira dengan keputusan. Tiada apa yang perlu dikesalkan dan pingat ini saya tujukan untuk negara.”

© New Straits Times Press (M) Bhd