AmLife International cipta rekod MBOR menerusi 'DeepZleep Challenge'

AmLife International cipta rekod MBOR menerusi 'DeepZleep Challenge'

Petaling Jaya : AmLife International Sdn Bhd (AmLife) melakar rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penganjuran DeepZleep Challenge yang menyaksikan seramai 817 peserta melengkapkan sesi pengalaman DeepZleep selama 20 minit.

Pencapaian yang berlangsung di Pusat Beli-belah 1 Utama itu diiktiraf di bawah kategori rasmi “Most Participants in a Sleep Wellness Recovery Technology Experience Session”, sekali gus mengatasi sasaran awal syarikat iaitu 500 peserta.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AmLife International, Lew Mun Yee berkata, inisiatif berkenaan dianjurkan untuk membawa konsep pemulihan melalui tidur lebih dekat kepada masyarakat menerusi pengalaman yang boleh dilalui sendiri secara nyata.

“DeepZleep Challenge bukan semata-mata tentang jumlah peserta atau mencipta rekod. Ia mencerminkan komitmen AmLife untuk mengubah cara masyarakat memahami tidur, daripada sekadar waktu untuk berehat kepada satu proses pemulihan yang penting untuk kehidupan yang lebih sihat dan seimbang,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan AmLife International, Edward Yong menjelaskan, gaya hidup moden yang serba pantas menyebabkan ramai individu sukar mendapatkan rehat berkualiti yang akhirnya menjejaskan tahap tenaga, tumpuan dan produktiviti harian.

“AmLife percaya bahawa tidur berkualiti merupakan salah satu asas penting kepada kesejahteraan fizikal dan mental. Sehubungan itu, DeepZleep dibangunkan sebagai sebahagian daripada ekosistem kesejahteraan tidur kami dengan menggabungkan teknologi potensi elektrik, keselesaan terma dan frekuensi bunyi,” katanya.

Ketua Pemasaran AmLife International, Arthur Ang pula menambah, idea cabaran ini tercetus daripada hasrat syarikat untuk mengubah penyampaian mesej kesedaran tidur kepada satu pengalaman sebenar yang boleh dirasai sendiri oleh pengguna.

Setiap peserta dikira melengkapkan cabaran selepas menjalani sesi DeepZleep selama 20 minit beserta saringan kesejahteraan sebagai penilaian awal keadaan tubuh dan kualiti tidur mereka.

Pihak AmLife bagaimanapun menegaskan sesi 20 minit ini bukanlah pengganti tidur malam yang mencukupi, sebaliknya memberikan gambaran awal kepentingan persekitaran rehat yang terarah.

Acara berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran personaliti terkenal seperti Dr Say Shazril, Eyra Hazali dan Fahrin Ahmad bagi membantu memperluas mesej mengenai kepentingan rehat dan pemulihan kepada masyarakat pelbagai latar belakang.

AmLife berharap pencapaian ini dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia melihat tidur sebagai komponen utama dalam menjaga kesejahteraan fizikal dan mental serta mencapai gaya hidup seimbang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top