Amorim takkan jual Fernandes

Amorim takkan jual Fernandes

London: Pengurus Ruben Amorim memaklumkan kepada kapten Manchester United, Bruno Fernandes, bahawa dia “tidak akan pergi ke mana-mana” walaupun terdapat laporan mengenai kemungkinan perpindahannya ke Real Madrid.

Bintang Portugal berusia 30 tahun itu, yang menjaringkan 95 gol dalam 277 penampilan sejak menyertai dari Sporting Lisbon pada 2020, mempunyai kontrak di Old Trafford sehingga 2027.

Namun, baru-baru ini dia dikaitkan dengan perpindahan bernilai £90 juta (RM515.81 juta) ke gergasi Sepanyol, Real Madrid.

“Tidak, ia tidak akan berlaku.

“Saya mahu Bruno kekal di sini kerana mungkin dalam saat-saat terendah musim kami (dia menunjukkan aksi cemerlang). Kami mahu memenangi Liga Perdana (EPL) sekali lagi, jadi kami mahu pemain terbaik terus bersama kami.”

Amorin menambah: “Dia 29 tahun, saya rasa, tetapi dia masih sangat muda kerana dia bermain 55 perlawanan setiap musim. Antara bantuan gol dan jaringan, dia ada untuk 30 gol sekurang-kurangnya, jadi dia adalah jenis pemain yang kami mahukan di sini, jadi dia tidak akan pergi ke mana-mana.”

“Kami mengawal situasi ini dan saya rasa dia benar-benar gembira di sini.”

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top