Amyra Rosli Dedah Alami Keguguran, Gagal Timang Anak Ketiga -“Awak Singgah Kejap Je Kat Perut Mummy”

Amyra Rosli Dedah Alami Keguguran, Gagal Timang Anak Ketiga -“Awak Singgah Kejap Je Kat Perut Mummy”

Pelakon dan pengacara jelita, Amyra Rosli mendedahkan mengalami keguguran atau ‘chemical pregnancy’.

Katanya menerusi hantaran terkini di Instagram, dia dan suami tidak mempunyai rezeki untuk menimang cahaya matanya yang ketiga.

“Awak singgah sekejap je dalam perut Mommy pastu awak pergi. Comel lah awak ni.

“Tak ada rezeki, tak apa kita fokus rezeki yang ada sekarang dan shooting dahulu. Let’s go.

“Jumpa doktor Seri automatik lah kita terus sihat. Aura positif di la so dahsyat. Thank you so much,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Amyra turut berkongsi foto kit ujian kehamilannya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menitipkan ucapan doa dan berharap Amyra kuat menghadapi ujian yang menimpa.

 

Sekadar info, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi Amar, 7 dan Aura Aryssa, 4.

Scroll to Top