Anak dah mula tanya tentang bapa, Lufya elak jawab takut ucap perkara tak baik

Anak dah mula tanya tentang bapa, Lufya elak jawab takut ucap perkara tak baik

Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar memaklumkan yang anak tunggalnya, Laana Haura sudah mula bertanya tentang beberapa perkara yang sukar untuk dijawab termasuklah berkenaan bapanya, Dr Che Muhammad Hafiz.

Memetik laporan dari Mstar, pemilik nama sebenar, Lutfyah Sheikh Omar, 38 memaklumkan yang dia enggan lagi menceritakan situasi yang rumit yang dihadapi kepada Haura memandangkan anaknya itu masih lagi kanak-kanak dan merasakan dia belum lagi memahami permasalahan orang dewasa.

“Sebenarnya kalau anak bertanya saya selalu elak sebab dia belum cukup dewasa untuk memahami.
“Saya juga tidak mahu dia fikirannya terbeban tetapi jujurnya dia sudah mula tanya soalan yang susah saya nak jawab,” ujarnya.

Mengambil pendekatan mengalihkan tumpuan anaknya dengan melakukan aktiviti lain, Lufya kerap mengajak Haura bermain dengan adik beradiknya yang mana semuanya perempuan.

Dia melakukan hal sebegitu kerana enggan berkata tidak baik terhadap mana-mana pihak memandangkan hubungannya dengan Haura sangat rapat.

“Selalunya saya akan alihkan perhatian dia dengan meluangkan masa bersama ibu saudara dan adik-beradik yang semuanya perempuan.
“Hubungan saya dan anak rapat, biasanya saya akan ubah topik sebab saya pun tidak mahu bercakap perkara tidak baik,” jelasnya.

Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 namun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020.

Baru-baru ini, bekas peserta Akademik Fantasia ini telah menfailkan Mutaah sebanyak RM1 juta kepada bekas suami dengan mengambil kira kos sara hidup yang tinggi ketika ini bagi membesarkan anak tunggal mereka sendirian.

Sumber: Mstar (Maszuhairah Sarimin)