Anak Merdeka Malaysia dicari, angkat semangat patriotik dan perpaduan rakyat – KPN

Anak Merdeka Malaysia dicari, angkat semangat patriotik dan perpaduan rakyat – KPN

Kementerian Perpaduan Negara menerusi Arkib Negara Malaysia memperkenalkan inisiatif istimewa dikenali sebagai Anak Merdeka Malaysia bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Program ini bertujuan menggalakkan penglibatan aktif rakyat Malaysia dengan mengangkat semangat patriotik serta memupuk nilai perpaduan melalui perkongsian kisah individu atau keluarga yang lahir pada 31 Ogos atau 16 September.

Kredit Foto: Carian Google (Sekadar Hiasan)

Anak Merdeka Malaysia dicari

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata inisiatif tersebut mengiktiraf mereka yang lahir pada tarikh bersejarah negara sebagai simbol semangat kebangsaan yang tinggi.

“Program ini bukan sahaja memberi penghargaan kepada mereka yang lahir pada tarikh bersejarah itu, malah turut menjadi medium untuk menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Artikel lain: Warisan negara boleh diakses semua, Kementerian Perpaduan seru rakyat hargai arkib

Pendaftaran bagi inisiatif ini dibuka mulai 26 Julai sehingga 9 Ogos 2025 dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang lahir pada 31 Ogos atau 16 September tanpa mengira tahun kelahiran.

Peserta yang terpilih akan menerima cenderamata eksklusif dan dijemput menghadiri acara rasmi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Kementerian turut menggalakkan penyertaan aktif daripada pelbagai lapisan masyarakat bagi menyemarakkan semangat kebersamaan dan perpaduan nasional melalui inisiatif tersebut.

Scroll to Top