Anak muda bantu penduduk kampung terjejas

Anak muda bantu penduduk kampung terjejas

bhnews@bh.com.my

JITRA: Sekumpulan anak muda di Kampung Tok Jalai, di sini bersepakat mengumpul wang hasil pendapatan mereka setiap hari demi membantu menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Wakil kumpulan itu, Mohamad Syafiq Abdul Rahman, 31, berkata, kebanyakan mereka yang bekerja sendiri termasuk pesawah, peniaga burger serta pemandu jentera pembajak turut serta membantu masyarakat ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

Katanya, inisiatif itu terhasil hanya melalui perbualan santai menerusi “WhatsApp Berkumpulan” untuk membantu orang ramai khususnya warga emas yang terjejas serta tidak dapat bekerja selain mereka yang tidak mempunyai pencen dalam meneruskan kehidupan seharian ketika menghadapi cabaran pandemik COVID- 19 ketika ini.

“Sebagai permulaa, kita berjaya mengutip hampir RM2,000 dan bantuan makanan asas sudah diagihkan kepada hampir 50 keluarga yang terjejas.

“Bantuan seterusnya akan dilakukan sebelum Aidiladha ini,” katanya, di sini hari ini.

Mohd Syafiq berkata, program itu juga bertujuan memupuk minat sebahagian anak muda khususnya mereka yang bekerja sendiri supaya dapat menghayati nilai kemasyarakatan serta menyantuni mereka yang terjejas terutama ketika pandemik ini.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang ingin turut membantu boleh menghubungi wakil di talian 013-4604468 (Mohd Syafiq).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top