Selepas memuat naik hantaran video bersama anak-anaknya beserta kapsyen seakan-akan meluahkan perasaan, pelakon adn penyanyi, Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian apabila membuat hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya.
Kata Abby, dia mendoakan agar anaknya, Marissa Dania Hakim dapat diselamatkan dari terus menerus terlibat dalam hubungan toksik sekaligus menjelaskan tujuan sebenarnya memuat naik hantaran itu dimedia sosial.
“Saya doakan anak saya berjaya keluar dari hubungan toksik itu.
“Saya tulis dekat sini biar makcik-makcik yang maki hamun sepanjang zaman tu puas hati.
“Cepat doakan sama. Anak saya perlu diselamatkan dari hubungan toksik itu. Aamiin kan ya,” katanya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, Abby sempat berkongsi ‘quotes’ Islamik mengenai kehebatan berdoa.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Minta Marissa Dania Undur Diri, Respons Abby Abadi Pula Curi Perhatian
ARTIKEL BERKAITAN:Abby Abadi Mohon Dikuatkan Iman Berdepan Ujian Hidup, Minta Anak-Anak Jaga Diri – “Cinta & Kasih Mama Tak Terbanding”
ARTIKEL BERKAITAN:“Bila Allah Hantar Ujian, Allah Hadirkan Sekali Kekuatan” – Abby Abadi
ARTIKEL BERKAITAN:“Itu Pilihan Dia, Biar Dia Lalui Sendiri”- Abby Abadi Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Marissa Dania




