Anak sulung belum genap setahun, Tasha Shilla umum hamil zuriat kedua

Anak sulung belum genap setahun, Tasha Shilla umum hamil zuriat kedua

Nama pelakon Tasha Shilla bukanlah asing dalam kancah dunia seni. Sering menjayakan watak-watak yang pelbagai dalam setiap drama lakonannya, pelakon cantik itu dilihat agak memperlahankan aktiviti lakonan sejak berumah tangga.

Dia dan suami telah menimang cahaya mata pertama pada April tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga sekitar Februari 2020.

Belum pun genap setahun usia anak sulungnya, sebentar tadi Tasha telah mengumumkan satu lagi khabar gembira apabila dia disahkan hamil anak kedua.

Hal tersebut dinyatakan sendiri pelakon drama itu di Instagram dengan menunjukan sekali gambar imbasan bayi dalam kandungannya.

Dalam perkongsian tersebut, Tasha Shila telah mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T apabila dia dan suami bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata setelah melahirkan Raees Zander kira-kira 9 bulan yang lalu.

Dia juga sempat mendoakan para isteri yang masih menanti kehadiran zuriat dalam rumah tangga supaya terus berusaha, berdoa dan bersabar kerana setiap apa yang dihajati pasti akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kenalan dan juga warganet telah menzahirkan ucapan tahniah buat Tasha Shilla diatas kehamilannya.

Mereka juga berharap segala urusan pelakon berkenaan dipermudahkan dan proses kehamilan berjalan dengan lancar.

 

Untuk makluman, Tasha Shilla dan suami, Atiq Idris telah melangsungkan perkahwinan sebelum pandemik melanda negara iaitu sekitar Februari 2020.

Sumber: Instagram tashashilla

 

 

Scroll to Top