Anak2 tak dapat balik kampung, bapa gigih bungkus & hantar buah bagi semua rasa

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung hampir dua bulan di seluruh negara ketika ini sememangnya telah menjarakkan perhubungan ahli keluarga.

Mana tidaknya, ramai anak-anak perantau yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibu dan bapa disebabkan tidak boleh merentas negeri.

Bukan sahaja sambutan perayaan yang terlepas untuk dirai bersama, musim buah-buahan yang sering ditunggu anak cucu untuk pulang ke kampung turut tidak dapat dirasai.

Namun, menerusi perkongsian dari seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @shopeekaa, dia telah memuat naik video bapanya yang membungkus buah-buahan dan asam keping yang dibuat sendiri untuk adik-beradiknya yang sudah  lama tidak pulang ke kampung.

@shopeeka

T ksh ayah #pengorbananayah #kasihayah #kasihayahsampaisyurga

♬ Rindu Untuk Ayah – Izzy

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat bapanya mengutip sendiri buah rambutan dan menimbang setiap satu kotak buah tersebut agar adil untuk diagihkan kepada anak-anak dan cucu-cucunya.

Dia juga turut mengeringkan sendiri asam keping dan dibungkus serta dihantar bersama buah rambutan tersebut.

 

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memaklumkan seorang bapa sememangnya sebegitu.

Mereka juga berasa sebak melihat usaha bapa kepada @shopeekaa yang tetap gigih memberi anak-anak rasa buah-buahan di kampung walaupun terpaksa menghantarnya menerusi pos memandangkan kekangan PKP yang entah bila selesainya.

 

Sumber: TikTok @shopeeka