Ancelotti pilih Mbappe pengambil penalti utama Real Madrid

Ancelotti pilih Mbappe pengambil penalti utama Real Madrid

PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti, memilih Kylian Mbappe sebagai pengambil sepakan penalti utama Los Blancos untuk perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Arsenal di Stadium Emirates pada Rabu.

Dasar Ancelotti yang merotasi pengambil penalti gergasi La Liga Sepanyol itu telah menerima kritikan musim ini berikutan kegagalan Mbappe, Vinicius Junior, dan Jude Bellingham menyempurnakan sepakan penalti masing-masing.

Vinicius Jr gagal menyempurnakan dua penalti terakhir Madrid – yang pertama menentang Atletico Madrid dalam perlawanan kedua Pusingan 16 Liga Juara-Juara bulan lalu, manakala dalam kekalahan 1-2 di Stadium Santiago Bernabeu kepada Valencia pada Rabu, apabila percubaan pemain Brazil itu mudah diselamatkan Giorgi Mamardashvili.

Mengulas kegagalan penalti Vinicius Jr yang terbaru, Ancelotti berkata: “Ia merupakan musim yang sukar buat pengambil penalti.

“Bellingham gagal ketika menentang Valencia, Mbappe di Liverpool dan San Mames, dan Vini di Metropolitano.

“Dan saya telah memutuskan untuk memberikan kepercayaan saya kepadanya sekali lagi. Kita akan lihat Mbappe menjadi pengambil sepakan penalti utama.”

LIGA JUARA-JUARA

SUKU AKHIR PERTAMA

RABU (9 APRIL)

Bayern Munich lawan Inter Milan

(Allianz Arena, 3 pagi)

Arsenal lawan Real Madrid

(Stadium Emirates, 3 pagi)

KHAMIS (10 APRIL)

Barcelona lawan Borussia Dortmund

(Estadi Olímpic Lluís Companys, 3 pagi)

Paris Saint-Germain lawan Aston Villa

(Parc des Princes, 3 pagi)

Scroll to Top