Penyanyi terkenal, Shila Amzah telah memuat naik satu hantaran di Insta Story miliknya dengan mengatakan mahu berhenti seketika dari menggunakan media sosial
Hal tersebut dirasakan susulan merasakan media sosial merupakan satu tempat yang penuh toksik buatnya ketika ini.
“Saya akan berhenti dari media sosial buat seketika. Di media sosial menjadi satu tempat yang agak toksik untuk saya,” tulisnya.

Susulan daripada itu, pemilik nama sebenar Nur Shahila Amir Amzah itu menyatakan yang dia mahu mengundurkan diri dan berharap agar netizen dapat menjaga diri serta dapat menjalani hari yang baik.
“Jadi saya chow (pergi) sekejap. Jaga diri semua orang dan semoga menjalani hari yang baik.” ujarnya lagi.

Terdahulu, penampilan Shila di Konsert Hausboom Music 2023 telah menerima kecaman susulan pakaian yang digunakannya dilihat kurang sesuai memandangkan ia seakan memperlihatkan bentuk badan penyanyi itu.
Dia yang menyampaikan lagi Pelukan Angkasa bersama band Sekumpulan Orang Gila (SOG) telah memakai baju berwarna putih dan merah jambu tampil penuh semangat sambil disaksikan para penonton konsert berkenaan.
@era.je Power la @wearesog & @shahilaamzah ! Tapi crowd pun power weh! Panas terik pun korang tetap layan! 🔥 #sharERA #Huasboom2023
Apa-apa pun, semoga Shila Amzah dan keluarga dalam keadaan baik-baik sahaja serta tidak mengambil kecaman tersebut sebagai pematah semangat untuk terus berkarya.
Sumber: Instagram shilaamzah, TikTok era.je



