Angkara penyokong Bayern didenda €150,000

Angkara penyokong Bayern didenda €150,000

Munich[: Gergasi Bundesliga, Bayern Munich dikenakan denda sebanyak €150,000 (RM765,0000 oleh Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) selepas penyokong mereka mengganggu kemenangan Piala Jerman kelab berkenaan di Ulmz Ogos lalu.

Bayern menerima keputusan badan pentadbir itu.

Mereka menang perlawanan pada 16 Ogos itu dengan keputusan 4-0.

“Pada minit ke-46 perlawanan Piala DFB di SSV Ulm… penyokong Munich menyalakan sekurang-kurangnya 70 suar dan empat kotak bunga api,” kata DFB dalam satu kenyataan.

“Sebahagian daripada suar dan bunga api itu diarahkan ke padang, menyebabkan gangguan selama lebih kurang tiga minit dalam perlawanan akibat asap tebal.”

“Daripada jumlah berkenaan, kelab boleh memperuntukkan sehingga €50,000 (RM255, 000) untuk langkah-langkah keselamatan atau pencegahan keganasan, yang perlu disahkan kepada DFB sebelum 30 Jun 2025.”

Bayern yang kini mendahului liga akan bertemu juara bertahan, Bayer Leverkusen, pada pusingan ke-16 Piala Jerman pada 4 Disember nanti.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top